Untitled Document
18 OGOS 2017 ( JUMAAT )
No. Pendaftaran GST MPS : 001899479040
Aduan Awam : 089-211666


PRESIDEN
TARIKH KEMASKINI :
17 Ogos 2017
WEBMASTER :
abu haji lele
Untitled Document


| Carta | Fungsi | Objektif | Piagam Pelanggan | Pentadbiran Kadaran | Pengurusan Cukai Pintu | Pengurusan Cukai Ses Tanah | Makluman Penting Pembayar-Pembayar Cukai | Kategori Harta


CARTA ORGANISASI



FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Penilaian dibahagikan kepada dua (2) unit seperti berikut:-
1. Unit Penilaian
2. Unit Kadaran

URUSAN PENGENDALIAN UNIT PENILAIAN

Fungsi Utama
Berikut adalah fungsi-fungsi utama Unit Penilaian:-

  • Penilaian hartanah
  • Pendaftaran urusan pindah hakmilik pegangan/geran

Aktiviti Utama
Berikut adalah aktiviti-aktiviti bagi setiap fungsi Unit Penilaian:-

  • Menilai harta-harta berkadar yang terletak dalam kawasan operasi bagi maksud tuntutan cukai pintu (Kadaran).
  • Menilai harta-harta berkadar yang terletak dalam kawasan kawalan bagi maksud tuntutan ses tanah.
  • Menilai harta-harta berkadar milik Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi maksud tuntutan caruman membantu kadar (CMK).
  • Melaksanakan penilaian semula ke atas harta-harta berkadar bagi maksud nilaian cukai pintu dan CMK.
  • Menilai hartanah-hartanah Majlis bagi maksud nilaian sewaan, pengambilan balik tanah, jualbeli, perlindungan insuran dan projek usaha sama.
  • Mendaftar pertukaran hakmilik hartanah dalam Sistem Integrasi Penilaian Majlis.

URUSAN PENGENDALIAN UNIT KADARAN

Fungsi Utama
Berikut adalah fungsi-fungsi utama Unit Kadaran:-

  • Tuntutan cukai pintu dan ses tanah

Aktiviti Utama
Berikut adalah aktiviti-aktiviti bagi setiap fungsi Unit Penilaian:-

  • Pengeluaran bil cukai pintu dan ses tanah
  • Pengeluaran notis peringatan
  • Membuat ‘posting’
  • Membuat ‘interest charging’ dan ‘month-end’

menu


OBJEKTIF BAHAGIAN

Objektif Bahagian Penilaian adalah seperti berikut:-

  • Memastikan penilaian cukai pintu ke atas harta berkadar dibuat dalam tempoh 3 bulan bekerja daripada tarikh Sijil Kebenaran Menduduki diterima di Bahagian Penilaian.
  • Memastikan setiap kes harta berkadar yang mempunyai Sijil Kebenaran Menduduki siap dinilai, disemak dan disahkan oleh Pegawai Penilaian dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan kerja diterima. Manakala bagi kes-kes harta berkadar berkelompok (mass valuation) mestilah siap dinilai, disemak dan disahkan oleh Pegawai Penilaian dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh arahan kerja diterima.
  • Memastikan tuntutan caruman membantu kadar (CMK) dikemukakan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh dokumen Senarai Penilaian dan Tuntutan CMK yang telah disahkan oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah diterima di Bahagian Penilaian.
  • Memastikan Notis Penilaian dikeluarkan kepada pemilik dalam tempoh 7 hari selepas penilaian disahkan oleh Pegawai Penilaian.
  • Memastikan kertas cadangan kerja-kerja penilaian semula dikemukakan kepada pihak Pengurusan dalam tempoh 1 bulan masa bekerja sebelum dibentangkan di Jawatankuasa Kewangan dan Keperluan Am.
  • Memastikan maklumat-maklumat pemilikan harta berkadar yang terlibat dalam penukaran hakmilik dikemaskini dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari tarikh borang pemberitahuan penukaran hakmilik diterima.
  • g. Memastikan bil cukai pintu dihantar ke Pejabat Pos Malaysia dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh dicetak untuk tujuan penghantaran kepada pemilik-pemilik harta berkadar.
  • Memastikan permohonan bayaran ansuran tunggakan cukai pintu diproses dalam tempoh 1 hari masa bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan kutipan cukai pintu dan ses tanah semasa mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah cukai pintu dan ses tanah setiap tahun.
  • Memastikan setiap aduan mengenai cukai pintu diberi respon dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari tarikh aduan diterima.
menu


PIAGAM PELANGGAN

UNIT PENILAIAN

Kami staf Unit Penilaian, Bahagian Penilaian, Majlis Perbandaran Sandakan beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan:-

  • Memastikan penilaian cukai pintu ke atas harta berkadar dibuat dalam tempoh 3 bulan bekerja daripada tarikh Sijil Kebenaran Menduduki diterima di Bahagian Penilaian.
  • Memastikan setiap kes harta berkadar yang mempunyai Sijil Kebenaran Menduduki siap dinilai, disemak dan disahkan oleh Pegawai Penilaian dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan kerja diterima. Manakala bagi kes-kes harta berkadar berkelompok (mass valuation) mestilah siap dinilai, disemak dan disahkan oleh Pegawai Penilaian dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh arahan kerja diterima.
  • Memastikan Notis Penilaian dikeluarkan kepada pemilik dalam tempoh 7 hari selepas penilaian disahkan oleh Pegawai Penilaian.
  • Memastikan penilaian ses tanah ke atas harta berkadar dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen geran/hakmilik diterima.
  • Memastikan keputusan Tribunal Rayuan Cukai Majlis dikeluarkan dan dikirimkan kepada pemilik harta berkadar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Penuh Majlis.
  • Memastikan permohonan penukaran hakmilik dan dokumen Sijil Pengesahan Pembayaran (Certificate Issued Under Section 98, Local Government Ordinance 1961) disahkan dan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan penilaian ke atas harta-harta Majlis bagi maksud jualbeli, sewaan dan pampasan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen geran/hakmilik diterima.
  • Memastikan permohonan bayaran ansuran tunggakan cukai pintu diproses dalam tempoh 1 hari masa bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan setiap aduan mengenai cukai pintu diberi respon dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari tarikh aduan diterima.

UNIT KADARAN
Kami staf Unit Kadaran, Bahagian Penilaian, Majlis Perbandaran Sandakan beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan:-

  • Memastikan bil cukai pintu dikeluarkan dan dikirim kepada pemilik harta berkadar pada minggu kedua bulan Januari dan Julai serta0 bil peringatan pada bulan April dan Oktober setiap tahun.
  • Memastikan notis peringatan tuntutan cukai pintu0 disediakan dan dikirim kepada pemilik harta berkadar yang mempunyai tunggakan cukai pintu supaya membayar tunggakan tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis peringatan.
  • Memastikan notis pemberitahuan tuntutan cukai pintu disediakan kepada setiap pemilik harta berkadar melalui iklan di akhbar-akhbar tempatan pada minggu pertama bulan Mac dan September setiap tahun.
  • Memastikan keputusan permohonan bayaran ansuran cukai pintu 0tertunggak dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Memastikan kerja-kerja penyelarasan akaun cukai pintu0 dan ses tanah dibuat bagi setiap resit pembayaran harian yang diterima daripada pembayar-pembayar cukai dalam tempoh 1 hari tertakhluk kepada jumlah bilangan resit sehari.
  • Memastikan setiap aduan mengenai cukai pintu diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari tarikh aduan diterima.

PENTADBIRAN KADARAN

WARNA
KAWASAN
 
BANDAR
 
SEPARA BANDAR
 
LUAR BANDAR
 
PULAU/LAUT
   


Kawasan pentadbiran kadaran Majlis dibahagikan kepada dua (2) kawasan seperti berikut:-

Kawasan Keluasan Status
Kawasan Pentadbiran Kadaran Merangkumi Seluruh Keluasan Sempadan Daerah Sandakan
= 2,305.94 km² (890.33 bt²)
Bandar
(No Lot Ukur : 07200360, 07200361 & 07200362)
159.10 km²
(61.43 bt²)
Kawasan Kutipan Cukai Pintu
(Kawasan Operasi)
Separa Bandar
(No. Lot Ukur : 07200363 & 07200364)
203.58 km²
(78.60 bt²)
Kawasan Kutipan Cukai Pintu (Kawasan Operasi)
Jumlah=
362.68 km²
(140.03 bt²)
15.73% daripada keluasan sempadan Daerah Sandakan


Apakah Kuasa Majlis Menguatkuasakan Cukai Pintu ?

  • Majlis diberi kuasa mutlak untuk menguatkuasakan cukai pintu ke atas semua harta berkadar yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran Majlis Perbandaran Sandakan mengikut peruntukan di bawah Bahagian X dan Bahagian XII, Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961.
  • Majlis boleh membuat penilaian bagi maksud cukai pintu sebelum 1hb Disember dari tahun ke tahun dan tidak melebihi dalam tempoh empat (4) tahun. Dalam erti kata lain, semakan penilaian atau penilaian semula hendaklah dibuat sekali dalam tempoh empat (4) tahun mengikut peruntukan Seksyen 74(1) & (2), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
  • Majlis juga diberi kuasa untuk membuat pindaan terhadap Senarai Nilaian bagi harta-harta berkadar yang terdapat pembangunan baru, perubahan atau tambahan, perobohan, pecah bahagi geran, kesilapan dan sebagainya mengikut peruntukan Seksyen 85, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.


Apa Asas Penilaian Bagi Maksud Kadaran ?

  • Asas penilaian bagi maksud kadaran / cukai pintu di Majlis Perbandaran Sandakan ialah berdasarkan nilai tahunan.
  • Menurut peruntukan Seksyen 72(C), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000), Nilai Tahunan ditakrifkan sebagai suatu anggaran kasar sewa tahunan yang dijangka boleh diterima secara adil dan munasabah setiap tahun sekiranya disewakan, di mana pemilik harta berkadar bertanggungjawab membayar segala cukai kerajaan, kos penyelenggaraan, insuran, cukai awam dan apa-apa kos perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggaran harta berkadar tersebut.


Apa itu Cukai Pintu ?

  • Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap harta berkadar yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran Majlis dan cukai ini digunakan untuk menampung segala kos pentadbiran Majlis serta kos penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada pembayar-pembayar cukai.

Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan Cukai Pintu ?

  • Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai pintu ialah termasuklah mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah yang mempunyai atau tidak apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang terletak di atas tanah atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan Seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).


Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai Pintu ?

  • Harta-harta berkadar yang dikecualikan daripada dikenakan cukai pintu mengikut peruntukan Seksyen 73, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 ialah seperti berikut:-
    • Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya).
    • Tanah perkuburan awam
    • Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
    • Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan keuntungan seperti hospital dan klinik awam.
    • Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan.
    • Harta-harta Majlis
    • Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
    • Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan.

Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke atas Cukai Pintu ?

  • Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
  • Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.


Berapakah Kadar Cukai Pintu Yang Boleh Dikenakan ?

  • Kadar cukai pintu yang dikenakan hendaklah tidak melebihi 30 peratus (%) daripada nilai tahunan harta berkadar dan sekiranya melebihi 30 peratus (%) hendaklah mendapat kelulusan daripada Yang
  • Kadar cukai pintu Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2006 adalah seperti berikut:-
Jenis Kadar

Kadar Cukai Pintu Dikenakan Setahun

  • Kadar Cukai AM
25%
  • Kadar Tambahan Bagi Bangunan Bertingkat:-
    • Perkhidmatan gegeluk lantai dan tangga
    • Perkhidmatan corong dan tong sampah
    • Perkhidmatan saluran najis awam yang diselenggarakan oleh Majlis.

2%
2%
3.9%

  • Kadar Pembentungan
0.1%
  • Kadar Tanah Kosong
5%
  • Kadar Loji dan Mesin
3%

Siapakah yang layak dibenarkan membantah Nilai Tahunan ?

  • Setiap pemilik harta berkadar atau sesiapa yang dilantik oleh pemilik atau sesiapa yang mempunyai kepentingan ke atas harta berkadar atau Ejen Penilai Swasta boleh membuat bantahan dan rayuan terhadap cadangan nilai tahunan yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 79(7), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.


Bagaimanakah membuat bantahan terhadap Nilai Tahunan ?

  • Menurut peruntukan Seksyen 78 (1), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, seseorang yang tidak berpuas hati dengan cadangan nilai tahunan dan terkilan atas mana-mana daripada alasan-alasan yang dinyatakan dalam Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, bolehlah membuat bantahan secara bertulis kepada Majlis Perbandaran Sandakan pada bila-bila masa tidak kurang daripada 6 hari sebelum masa yang ditetapkan untuk mendengar bantahan.
  • Menurut peruntukan Seksyen 78(2), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, setiap alasan bantahan terhadap nilai tahunan adalah tertakluk kepada alasan-alasan seperti berikut:-
    • Bahawa seseorang atau pihak yang membuat bantahan adalah pihak yang bukan bertanggungjawab ke atas harta berkadar yang dimasukkan dalam Senarai Penilaian.
    • Bahawa sesuatu harta berkadar yang dinilai adalah pegangan harta berkadar yang tidak boleh dikenakan cukai pintu atau tidak termasuk dalam Senarai Penilaian.
    • Bahawa sesuatu harta berkadar telah dinilai dengan kaedah penilaian yang tidak betul.
menu


PENGURUSAN CUKAI PINTU


Bilakah Majlis mengeluarkan Bil Cukai Pintu ?

  • Majlis akan mengeluarkan bil cukai pintu semasa dan bil peringatan pada masa seperti berikut:-
Jenis Bil Cukai Pintu Masa
Bil Semasa Cukai Pintu Januari dan Julai
Bil Peringatan Cukai Pintu April dan Oktober


Apakah Faedah Pembayaran Awal Cukai Pintu ?

  • Sesiapa pembayar cukai yang membuat pembayaran cukai pintu semasa dan tidak mempunyai tunggakan cukai pintu bagi pegangan harta berkadar yang sama sepanjang tempoh bulan Januari hingga Mac setiap tahun akan diberi diskaun 5% daripada jumlah cukai pintu yang dikenakan.

Apakah Dendah Dikenakan Sekiranya Cukai Pintu Dibayar Lewat ?

  • Setiap pemilik harta berkadar yang gagal membayar cukai pintu mengikut jadual akan dikenakan denda, iaitu membayar faedah sebanyak 4% setahun daripada jumlah cukai pintu tertunggak dan bayaran notis sebanyak RM3.00.


Bolehkah Cukai Pintu Tertunggak Dibayar Secara Ansuran ?

  • Majlis memberi kemudahan mudah bayar kepada setiap penghutang cukai pintu untuk membuat pembayaran secara ansuran ke atas cukai pintu tertunggak.
  • Sesiapa penghutang cukai pintu yang ingin membuat pembayaran secara ansuran dikehendaki memohon secara bertulis kepada Majlis untuk dipertimbangkan kelulusan.


Bagaimana dan Di mana Cukai Pintu Boleh Dibayar ?

  • Cukai pintu boleh dibayar dengan cara seperti berikut:-
    • Wang Tunai
    • Cek
    • Mastercard/Visa
  • Setiap pembayar cukai pintu boleh membuat pembayaran di tempat-tempat seperti berikut:-
    • Kaunter Kutipan Hasil Setempat, Wisma Warisan, Pusat Bandar Sandakan
    • Kaunter Unit Kadaran, Wisma Perbandaran, Pusat Bandar Sandakan
    • Kaunter Kutipan Hasil, Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan
    • Mana-mana kaunter Pejabat POS Malaysia Berhad
    • Mana-mana kaunter Pejabat Bank Simpanan Nasional
    • Bayaran Online melalui laman www.mps.sabah.gov.my
    • Secara dalam talian CIMB click atau MyBSN


Adakah Majlis Melantik Ejen Mengutip Cukai Pintu Tertunggak ?

  • Majlis telah melantik tiga (2) Ejen mengutip cukai pintu tertungak. Ejen-ejen yang dilantik adalah seperti berikut:-
    • Menggaris IT Sdn Bhd
    • TC Property Management & Consultancy
  • Semua kakitangan Ejen telah diberi Kad Kuasa untuk menjalankan kerja-kerja mengutip cukai pintu tertunggak tetapi Ejen tidak dibenarkan dan dilarang untuk menerima bayaran secara tunai.
  • Pembayar-pembayar cukai akan dimaklumkan mengenai pembatalan Ejen yang dilantik melalui iklan di surat-surat akhbar tempatan dari masa ke semasa.
menu

PENGURUSAN CUKAI SES TANAH

  • Kawasan kutipan cukai Ses Tanah Majlis adalah meliputi kawasan seperti berikut:-
Kawasan Keluasan Status
Kawasan Pentadbiran Kadaran Merangkumi Seluruh Keluasan
Sempadan Daerah Sandakan = 2,305.94 km² (890.33 bt²)
Luar Bandar
(No. Lot Ukur : 07200365)
1,854.84 km²
(753.50 bt²)
Kawasan Kutipan Ses Tanah (Kawasan Kawalan)
Pulau/Laut (No. Lot Ukur : 07200366)
88.42 km²
(34.14 bt²)
Kawasan Kutipan Ses Tanah (Kawasan Kawalan)
Jumlah=
1,943.26 km²
(787.64 bt²)
84.27% daripada keluasan sempadan Daerah Sandakan

Apakah Kuasa Majlis Menguatkuasakan Cukai Ses Tanah ?

  • Majlis diberi kuasa mutlak untuk menguatkuasakan cukai Ses Tanah ke atas semua pegangan hartanah yang terletak di kawasan kutipan cukai Ses Tanah Majlis Perbandaran Sandakan mengikut peruntukan di bawah Bahagian XI, Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961, tertakluk kepada kelulusan Yang Di-Pertua Negeri Sabah.


Apa itu Cukai Ses Tanah ?

  • Cukai Ses Tanah ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan hartanah yang terletak di kawasan kutipan cukai Ses Tanah Majlis dan cukai ini digunakan untuk menampung kos-kos pentadbiran dan pengurusan Majlis dalam membangunkan daerah Sandakan.


Apakah Yang Wajib Dikenakan Cukai Ses Tanah ?

  • Majlis boleh mengenakan cukai Ses Tanah ke atas mana-mana individu, apa-apa hasil pengeluaran pertanian atau ternakan atau apa-apa aktiviti pindahmilik ke atas hasil pengeluaran pertanian atau ternakan atau pemilik pegangan hakmilik/geran hartanah yang terletak di kawasan kutipan cukai Ses Tanah mengikut peruntukan Seksyen 82 (1), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Apakah Yang Boleh Dikecualikan Cukai Ses Tanah ?

  • Di bawah peruntukan Seksyen 73, Hartanah yang dikecualikan daripada dikenakan cukai Ses Tanah adalah seperti berikut:-
    • Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya).
    • Tanah perkuburan awam
    • Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
    • Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan keuntungan seperti hospital dan klinik awam.
    • Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan.
    • Harta-harta Majlis
    • Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
    • Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan.


Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke atas Cukai Ses Tanah ?

  • Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik pegangan hartanah mengikut peruntukan Seksyen 89 (1), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, tetapi tertakluk kepada lain-lain syarat urusniaga perjanjian pajakan atau sewaan yang dipersetujui di antara pemilik dan pemegang pajakan atau sewaan.

Berapakah Kadar Cukai Ses Tanah Yang Boleh Dikenakan ?

  • Kadar cukai Ses Tanah Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diluluskan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah adalah seperti berikut:-
Jenis Pegangan Hartanah /Geran Tanah Kadar Cukai Ses Tanah Dikenakan Setahun
Town Lease (TL), Provisional Lease (PL), Country Lease (CL) dan Temporary Occupision Lease (TOL)
RM1.00
Field Registered (FR) dan Native Title (NT)
RM0.50

Bilakah Majlis mengeluarkan Bil Cukai Ses Tanah ?

  • Majlis akan mengeluarkan bil cukai Ses Tanah semasa dan bil peringatan pada masa seperti berikut:-
Jenis Bil Cukai Ses Tanah Masa
Bil Semasa Cukai Ses Tanah Januari dan Julai
Bil Peringatan Cukai Ses Tanah April dan Oktober

Bagaimana dan Di mana Cukai Ses Tanah Boleh Dibayar ?

  • Cukai Ses Tanah boleh dibayar dengan cara seperti berikut:-
    • Wang Tunai
    • Cek mestilah di atas nama “ Majlis Perbandaran Sandakan “
    • Mastercard/Visa
  • Setiap pembayar cukai Ses Tanah boleh membuat pembayaran di tempat-tempat seperti berikut:-
    • Kaunter Kutipan Hasil Setempat, Wisma Warisan, Pusat Bandar Sandakan
    • Kaunter Unit Kadaran, Wisma Perbandaran, Pusat Bandar Sandakan
    • Kaunter Kutipan Hasil, Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan
    • Mana-mana kaunter Pejabat POS Malaysia Berhad
    • Mana-mana kaunter Pejabat Bank Simpanan Nasional
    • Bayaran Online melalui laman www.mps.sabah.gov.my
    • Secara dalam talian CIMB click atau MyBSN
menu


MAKLUMAN PENTING PEMBAYAR-PEMBAYAR CUKAI

Kadar Cukai Pintu Majlis Yang Dikenakan

Jenis Kadar Kadar Cukai Pintu Dikenakan Setahun
  • Kadar Cukai AM
25%
  • Kadar Tambahan Bagi Bangunan Bertingkat:
 
    • Perkhidmatan gegeluk lantai dan tangga
    • Perkhidmatan corong dan tong sampah
    • Perkhidmatan saluran najis awam yang diselenggarakan oleh Majlis
2%
2%
3.9%
  • Kadar Pembentungan
0.1%
  • Kadar Tanah Kosong
5%
  • Kadar Loji dan Mesin
3%


Jadual Pengeluaran Bil Cukai Pintu dan Cukai Ses Tanah

Jenis Bil Cukai Pintu & Ses Tanah Masa
Bil Semasa Cukai Pintu & Ses Tanah Januari dan Julai
Bil Peringatan Cukai Pintu
April dan Oktober

* Nota: Jika anda tidak menerima bil semasa dan peringatan, sila datang sendiri ke Kaunter Unit Kadaran, Bahagian Penilaian, Majlis Perbandaran Sandakan.

Jadual Pembayaran Cukai Pintu

Tempoh Pembayaran Denda Bayaran Lewat
01hb Januari hingga 31hb Mac Setiap Tahun
  • Faedah 4.0 peratus (%) setahun
  • Bayaran Notis RM3.00

Tempoh Pemberian Diskaun Cukai Pintu

Tempoh * Jumlah Diskaun Diberikan
01hb Januari hingga 31hb Mac Setiap Tahun
5.0 peratus (%)

* NOTA: Diskaun hanya diberikan kepada Cukai Pintu Semasa yang dibayar penuh sahaja.
Jika anda ingin membeli hartanah jenis kediaman / komersial / industri / tanah kosong:-

Sila semak dengan MPS bagi memastikan tunggakan cukai pintu telah dibayar sama ada melalui peguam atau agen yang menguruskan urusniaga bagi hartanah tersebut.


Jika anda telah menukar milik/ menjual /membeli / mewariskan hartanah jenis kediaman / komersial / industri / tanah kosong:-

Sila maklumkan kepada MPS dengan mengisi Borang Pemberitahuan Penukaran Bangunan/Tanah dan disertakan bersama-sama salinan hakmilik/geran dan dokumen perjanjian jualbeli / arahan mahkamah / lain-lain dokumen berkaitan urusniaga pindahmilik.


Jika bangunan kediaman / komersial / industri anda diroboh, terbakar atau terbiar / uzur:-

Sila maklumkan kepada MPS secara rasmi melalui surat dengan menyertakan apa-apa salinan dokumen yang menyokong permohonan supaya harta berkadar yang dimaksudkan dapat dikeluarkan daripada senarai nilaian.

 

menu


KATEGORI HARTANAH

KATEGORI
BILANGAN
- TANAH KOSONG
7,335
- LOJI & JENTERA
13
- INDUSTRI
2,185
- KOMERSIL
9,501
- KEDIAMAN
35,207
- BANGUNAN KERAJAAN NEGERI
480
- BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
776
JUMLAH
55,497


Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan dengan penilaian cukai pintu atau mengenai maklumat-maklumat cukai pintu, sila rujuk kepada Pegawai Penilaian atau Ketua Unit Kadaran di alamat seperti berikut:

BAHAGIAN PENILAIAN
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
WISMA PERBANDARAN, PUSAT BANDAR
PETI SURAT 221, 90702 SANDAKAN
TEL: 089-275400, 272439, 272460
FAKS: 089-272112, 222691, 222964, 221646

 

Untitled Document
PERKHIDMATAN ONLINE







JADUAL PERKHIDMATAN







Untitled Document
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Carian | Peta Laman |
© Hakcipta Terpelihara 2008
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Peti Surat 221, 90702 Sandakan | Tel : 089-275400 | Fax : 089-272112