Untitled Document
26 APRIL 2017 ( RABU )
Bahasa :
No. Pendaftaran GST MPS : 001899479040
Aduan Awam : 089-211666


PRESIDEN
TARIKH KEMASKINI :
25 April 2017
WEBMASTER :
abu haji lele
Untitled Document
PENGENALAN

Bahagian ini terdiri daripada 6 unit seperti berikut :

  1. Unit Kawalan Pembangunan
  2. Unit Penyelenggaraan
  3. Unit Projek & Kerja Am
  4. Unit Stor
  5. Unit Bengkel
  6. Unit Perancang Bandar
 
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberikan keputusan terhadap permohonan pelan-pelan bangunan dalam tempoh dua (2) bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan Jabatan-Jabatan terlibat menjawab dalam masa 1 bulan.
  2. Memberikan keputusan terhadap permohonan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh tiga (3) bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan Jabatan-Jabatan terlibat menjawab dalam masa 1 bulan.
  3. Sebarang aduan mengenai kerosakan lampu jalanraya akan diambil tindakan dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja dengan syarat nombor lampu yang tepat diberikan.
  4. Sebarang aduan mengenai kerosakan penutup parit akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) minggu dengan syarat bahan-bahan yang perlu diperolehi dan aduan yang diterima jelas dan tepat.
  5. Mempastikan jalan-jalan dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan. Bertindak untuk membaiki kerosakan kecil dalam tempoh masa 14 hari bekerja dan kerosakan besar dalam tempoh masa 6 bulan bekerja selepas aduan diterima.
  6. Sebarang aduan mengenai kerja pembaikan kecil berkaitan dengan paip, kerja kimpal dan kerja tukang kayu akan diambil tindakan dalam
 
OBJEKTIF BAHAGIAN
  1. Merancang dan mengawal pembangunan dan bangunan di Sandakan selaras dengan kehendak polisi Kerajaan serta Undang-Undang yang sedia ada.
  2. Melaksanakan/menyelenggarakan infrastruktur sedia ada dalam kawasan perbandaran Majlis.
  3. Membaiki dan menyelenggara kenderaan dan jentera Majlis
 
FUNGSI BAHAGIAN
  1. Menerima, mendaftarkan dan memproses pelan pembangunan dan bangunan yang dikemukakan oleh konsultan, pemilik tanah, pemilik bangunan untuk pertimbangan dan kelulusan dengan syarat bahawa pelan, dokumen dan borang adalah teratur.
  2. Mengawal pembangunan dan bangunan selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan, Ordinan Perancangan Bandar & Wilayah Cap 141, Pelan Tempatan Sandakan, Skim Perancangan Seguntor dan Skim Perancangan Kegunaan Tanah Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Sandakan.
  3. Mengawal kerja-kerja tanah selaras dengan Undang-Undang Kecil Kerja Tanah.
  4. Memproses dan mengeluarkan Sijil Kebenaran Pendiaman untuk bangunan selaras dengan Undang-Undang Kecil bangunan.
  5. Mengambil-alih dan menyelenggara infrastruktur iaitu jalan, lampu jalan, sistem perparitan dan sistem pembetungan dalam pembangunan perumahan/perdagangan/perindustrian setelah pemaju membina dan menyelenggara infrastruktur itu selama 3-12 bulan dengan memuaskan.
  6. Membaiki dam menyelenggara jalan-jalan lain dalam kawasan Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diputuskan oleh Majlis setelah menerima permohonan daripada Yang Berhormat atau PKR yang mewakili sesuatu kawasan.
  7. Melaksanakan projek yang diluluskan dan dibiayai oleh Majlis.
  8. Melaksanakan projek yang diluluskan dan dibiayai oleh Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan dan Kementerian Negeri yang lain.
  9. Melaksanakan projek yang diluluskan dan dibiayai oleh Kementerian Persekutuan.
  10. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dan Kementerian/Jabatan Negeri selaku Penasihat Teknikal.
  11. Membaiki, menyelenggara dan menjalankan kerja-kerja servis untuk semua kenderaan dan mesin Majlis.
  12. Mencari, memesan dan membeli semua alat ganti dan tayar untuk mesin/kenderaan dan bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk membaiki dan menyelenggara semua bangunan dan infrastruktur Majlis
Untitled Document
PERKHIDMATAN ONLINE







JADUAL PERKHIDMATAN







Untitled Document
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Carian | Peta Laman |
© Hakcipta Terpelihara 2008
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Peti Surat 221, 90702 Sandakan | Tel : 089-275400 | Fax : 089-272112