Untitled Document
Pengenalan
| Penduduk | Parlimen
| DUN | Taman
Perumahan | Kampung | Pelancongan
| Hotel | Peta
|
Pengenalan
 |
 |
SANDAKAN
BANDAR RAYA
ALAM SEMULA JADI
|
Sandakan
terletak kira-kira 1,900 kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia
dan hanya kira-kira 28 kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar
Sandakan telah wujud sebagai sebuah residensi semenjak tahun 1948.
|
SEJARAH
AWAL SANDAKAN
Lagenda
Sandakan bermula beberapa tahun sebelum Pryer. Kampung German yang dijadikan
oleh Kaptain William Schuck berbangsa Jerman sebagai pangkalan perniagaan merupakan
penempatan pertama, walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa orang Sulu
yang menetap di sekitar laut berdekatan. Apabila Kaptain William Schuck mendapat
sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam Clarke Cowie, seorang pedagang
dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini menjadi pusat
perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga dari
Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German.
Pada
masa yang sama Baron de Overbeck telah berjaya mendapatkan konsesi sebahagian
wilayah Sandakan setelah bertemu dengan Sultan Sulu yang bernama Sultan Jamal
Ui Alam. Keluasan ini bermula dari Sungai Sibuco (Sg. Sibuga) sehinggalah wilayah
Sungai Padasan kira-kira 20,000 batu persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron
de Overbeck akan membayar sebanyak $5,000 setiap tahun. Serentak itu juga, Baron
de Overbeck diisytiharkan sebagai Dato Bendahara serta Raja Sandakan berkuatkuasa
pada 1878.
Untuk
mentadbir wilayah yang dimilikinya, de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran
dan pengurusan kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya.
Antara orang yang dipercayainya ialah William Burgess Pryer. Bandar Sandakan
mula berkembang apabila ia di tadbir oleh William B. Pryer pada 21 Jun 1879.
Apabila
Pryer tiba di Kampung German dalam 1878, tugas pentadbirannya yang pertama adalah
memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai
perdagangan bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan.
Rundingan terpaksa di buat bersama dengan pemimpin suku di kawasan tersebut.
Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai perdagangan telah diperkenalkan untuk
keseragaman. Pembaharuan ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku
kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini walaupun berlakunya
Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut
telah menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan
berdagang.
Beberapa
masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Kemajuan,
kestabilan perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang
asing seperti pedagang Cina serta suku kaum di Kepulauan Filipina.
Pryer
juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan.
Kawasan ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong
merupakan bahan mentah yang terkenal.
Dalam
kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian
seorang penduduk Kampung bernama "Sabtu". Kebakaran tersebut telah
memusnahkan seluruh kampung termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah
menyebabkan Pryer dan penduduk Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak
di muara teluk pada 18 Jun 1879. Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim (Booly
Sim-Sim).
Pryer
telah menamakan tempat ini ‘Elopura’ yang bermaksud “Bandar
yang Indah”. Pryer menebang pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja
pembersihan sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim ketika itu merupakan kawasan hutan
yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau.
Menjelang
tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang di bina sebahagiannya
di atas air. Jambatan-jambatan yang tidak berapa teguh di perbuat daripada nibong
berfungsi sebagai jalan raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah
rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan jumlah ini kemudian meningkat dari
tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau, Cina, Sulu dan lain-lain. Terdapat
seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan 3,000 pelbagai Cina.
Oleh
itu, William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal
bandar Sandakan dengan penyediaan asas-asas polisi pentadbiran untuk diteruskan
oleh pemimpin lain. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1890 dan secara langsung
tidak lagi menjadi pengerusi “British North Borneo Development Corporation”.
 |
WARNA |
- |
KAWASAN |
| |
- |
Bandar |
| |
- |
Separa
Bandar |
| |
- |
Luar
Bandar |
| |
- |
Pulau-Pulau |
| |
|
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Kawasan
di bawah bidang kuasa Daerah Sandakan meliputi Bandar (46 batu persegi), Separa
Bandar (56 batu persegi) dan Luar Bandar dan pulau-pulau (773 patu persegi)
yang keseluruhan keluasannya adalah 875 batu persegi.
Sandakan mempunyai banyak keistimewaannya dari pelbagai aspek. Antaranya adalah
sejarah, kebudayaan, alam semulajadi dan ekonomi serta lain-lain lagi.
atas
Penduduk
Penduduk Sandakan terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, Kadazandusun dan
suku-suku lain seperti kaum Bajau, Murut, Sungai, Bugis, Suluk dan sebagainya.
Mengikut Bancian Penduduk 2010 penduduk yang terdapat di daerah ini adalah seramai
453,500 orang , mengikut pecahan :
| TARAF |
|
BILANGAN |
| Warganegara |
Bumiputera |
188,800 |
Bukan
Bumiputera |
92,500 |
| Bukan
Warganegara
|
172,200 |
|
JUMLAH |
453,500 |
atas
Parlimen
Sandakan terbahagi kepada tiga(3) kawasan parlimen iaitu :
- P184
Libaran ( YB. Datuk Juslie Ajirol-UMNO)
- P185
Batu Sapi (YB. Datin Linda Tsen Thau Lin-PBS)
- P186
Sandakan (YB. Datuk Liew Vui Keong-LDP)
atas
Dewan
Undangan Negari
Sandakan terdiri daripada enam(6) kawasan dewan undangan negeri iaitu :
- N41
Gum-Gum (YB. Datuk Hj. Zakaria Edris-UMNO)
- N42
Sungai Sibuga (YAB. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman-UMNO)
- N43
Sekong (YB. Datuk Samsudin Yahya-UMNO)
- N44
Karamunting (YB. Datuk Peter Pang-GERAKAN)
- N45
Elopura (YB. Encik Au Kam Wah-GERAKAN)
- N46
Tanjung Papat (YB. Datuk Raymond Tan Shu Kiah-GERAKAN)
atas
Taman-Taman
Perumahan
Bil. |
Taman
Perumahan |
Luas
(ekar) |
Unit
Kediaman |
Lokasi |
1. |
Airport |
41.63 |
649 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
2. |
Anggerik |
15.828 |
408 |
Jalan
Lintas Sibuga |
3. |
Astana
Height |
100.27 |
483 |
Batu
1, Jalan Lalang |
4. |
Bunga
Matahari |
11.88 |
172 |
Batu
4, Jalan Utara |
5. |
Casa
San Uno |
38.89 |
307 |
Batu
4, Jalan Utara |
6. |
Chrysanthemum |
11.4 |
154 |
Batu
1 1/2, Jalan Utara |
7. |
Damai
& Sri Taman |
21.67 |
123 |
Batu
4, Jalan Utara |
8. |
Evergreen |
23.99 |
48 |
Batu
6, Jalan Utara |
9. |
Fajar |
55.61 |
572 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
10. |
Fajar
Perdana |
15.03 |
185 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
11. |
Fortune |
22.4 |
126 |
Batu
8, Jalan Labuk |
12. |
Fulliwa |
19.66 |
164 |
Batu
3 1/2, Jalan Utara |
13. |
Grandview |
93 |
746 |
Batu
1 1/2, Jalan Buli Sim-Sim |
14. |
Harbour
Square |
40.08 |
211 |
|
15. |
Hing
Lee |
11.75 |
227 |
Batu
3 1/2, Jalan Utara |
16. |
Hing
Wah |
27.6 |
79 |
Batu
8, Jalan Labuk |
17. |
Hock
Seng |
4.56 |
24 |
|
18. |
Hsiang
Garden |
4.565 |
140 |
|
19. |
Indah |
56.27 |
356 |
Batu
4, Jalan Utara |
20. |
Indah
Jaya |
235.68 |
2752 |
Batu
4, Jalan Utara |
21. |
Jade
Garden |
1154 |
4
lot, 2 storey |
Batu
1 1/2, Jalan Utara |
22. |
Kam
Jai Yen |
8.51 |
250 |
Batu
1, Jalan Aman |
23. |
Karamunting
Flat |
20.87 |
513 |
Jalan
Batu Sapi |
24. |
Karamunting
Baru |
17.67 |
40 |
Jalan
Karamunting |
25. |
Kenari |
3.44 |
590 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
26. |
Khong
Lok (Hillside) |
24.809 |
168 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
27. |
LPPB |
27.21 |
984 |
Batu
4, Jalan Utara |
28. |
Lucky
& Wemin |
43.544 |
260 |
Batu
5, Jalan Utara |
29. |
Mawar |
175.386 |
2396 |
Jalan
Sibuga |
30. |
Megah |
44.94 |
478 |
Batu
8, Jalan Utara |
31. |
Melanta |
9.04 |
143 |
Jalan
Karamunting |
32. |
Melrose |
14.58 |
44 |
Batu
3 1/2, Jalan Utara |
33. |
Merpati |
154.2 |
494 |
Batu
8, Jalan Lapangan Terbang |
34. |
Mesra |
23.18 |
1000 |
Batu
4, Jalan Utara |
35. |
Millennium |
6.62 |
76 |
Batu
4, Jalan Tinosan |
36. |
Mutiara |
64.79 |
836 |
Batu
3, Jalan Utara |
37. |
Nuri
(Oscaraya) |
32.65 |
837 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
38. |
Pak
Tak |
29.886 |
148 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
39. |
Pecky
Valley |
36.61 |
166 |
Batu
2 1/2, Jalan Utara |
40. |
Pertama |
53.32 |
438 |
Batu
5, Jalan Utara |
41. |
Po
Hing |
190.17 |
160 |
Jalan
Batu Sapi |
42. |
Rajawali |
154.2 |
1004 |
Batu
8, Jalan Lapangan Terbang |
43. |
Regent |
3.449 |
46 |
Batu
6, Jalan Utara |
44. |
Ria |
3.406 |
44 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
45. |
Rimba |
38.98 |
280 |
Batu
7, Jalan Utara |
46. |
Samudera |
20.01 |
586 |
Batu
5, Jalan Utara |
47. |
Sanny
Estate |
34.8 |
154 |
Batu
1 1/2, Jalan Utara |
48. |
Sri
Pagi |
11.411 |
1485 |
Batu
3, Jalan Utara |
49. |
Sri
Wijaya |
7.43 |
16 |
Batu
7, Jalan Labuk |
50. |
Seaview |
3.763 |
152 |
Batu
1 1/2, Jalan Utara |
51. |
Sejati |
22.89 |
1086 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
52. |
Sejati
Ujana |
99.64 |
1850 |
Batu
7, Jalan Lapangan Terbang |
53. |
Seletar |
65 |
50 |
Jalan
Lintas Sibuga |
54. |
Sentosa |
49.3 |
928 |
Batu
2 1/2, Jalan Utara |
55. |
Seri
Labuk |
15 |
178 |
Batu
8, Jalan Kampung Melayu |
56. |
Sibuga |
102.6 |
647 |
Jalan
Sibuga |
57. |
Sim-Sim
Medium Cost Flat |
|
300 |
Jalan
Sim-Sim |
58. |
Sri
Rimba |
29.2 |
414 |
Batu
7, Jalan Labuk |
59. |
Tab
Bai Yin |
27.6 |
160 |
Batu
8, Jalan Labuk |
60. |
Tinosan |
24.51 |
235 |
Batu
4, Jalan Utara |
61. |
Tshun
Ngen |
70.26 |
304 |
Batu
5, Jalan Utara |
62. |
Tyng |
111.7 |
585 |
Batu
5, Jalan Utara |
63. |
Utama |
41.263 |
329 |
Batu
6, Jalan Utara |
64. |
Villa
Permai Jaya |
20 |
968 |
Jalan
Sibuga |
65. |
Vista |
10.7 |
172 |
Batu
7, Jalan Lintas Sibuga |
66. |
Wijaya |
6.03 |
196 |
Batu
7, Jalan Labuk |
67. |
Wira |
9.93 |
312 |
Jalan
Sibuga |
68. |
Yeng
Seng |
11.75 |
125 |
Batu
2 1/2, Jalan Utara |
69. |
Yii
Villa |
1.3 |
100 |
Jalan
Bulis Sim-Sim |
70. |
Bukit
Permai |
270.89 |
4142 |
Batu
6, Jalan Utara |
71. |
Garden
Villa |
25.76 |
82 |
Batu
6, Jalan Utara |
72. |
Hap
Seng Properties |
16.35 |
74 |
Jalan
Batu Sapi |
| 73. |
Berhala
Darat |
23.2 |
192 |
Jalan
Sim-Sim |
atas
Kampung-Kampung
- Kg.
Melayu Bumiputera
- Kg.
Bokara
- Kg.
Tinosa 1
- Kg.
Tinosa 2
- Kg.
Batu Putih
- Kg.
Muhibbah
- Kg.
Gas
- Kg.
Gum-Gum
- Kg.
Garinono
- Kg.
Pertanian
- Kg.
Padas
- Kg.
Rancangan Sungai Manila
atas