Panduan Melaksanakan PPKB
Halaman Utama
Pusat Sejahtera
Senarai Penerima Bantuan PPKB
Borang Permohonan PPKB
Hubungi Kami

Panduan Melaksanakan PPKB

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diberikan satu peranan tambahan baru, iaitu pembasmian kemiskinan bandar ataupun urban poverty eradication.

Melalui peranan baru ini, pihak KPKT telah menubuhkan Bahagian Sejahtera Bandar sebagai satu bahagian yang berfungsi merancang dan menyelaras semua projek dan aktiviti dibawah PPKB di negara ini. Seterusnya KPKT telah menyediakan Rancangan
Strategik dan Pelan Tindakan (RSPT) Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) sebagai panduan utama dalam merangka arah tuju, matlamat, strategi pelaksanaan dan skop program bagi menghala dan menjuruskan usaha-usaha menangani masalah kemisikinan yang selama ini telah dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak NGO di kawasan bandar.

Tujuan utama kerajaan melaksanakan program ini adalah untuk menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2010.

Di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi tempoh 2006 hingga 2010, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mula menggerakkan 144 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara untuk membantu membasmi kemiskinan Bandar di mana setiap PBT bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program-program pembasmian PPKB di bawah kawasan pentadbiran masing-masing.

KPKT telah mengambil alih fungsi Pembasmian Kemiskinan Bandar serta Capasity - Building daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) mulai 27 Mac 2004.

PERLAKSANAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN

Majlis Perbandaran Sandakan merupakan PBT yang bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

PPKB mula melaksanakan program ini pada tahun 2006 dengan memberi tumpuan hanya kepada Bantuan Sewa Rumah. Fokus kepada bantuan sewa rumah ini diteruskan sehingga pada tahun 2007.

Pada tahun 2008, ia kemudiannya telah diperluaskan kepada kesemua bantuan yang disediakan oleh KPKT dalam Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

Bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat dijalankan dengan licin dan teratur, ia telah diletakkan di bawah uruselia 2 pegawai MPS iaitu oleh Pegawai Pembangunan Luar Bandar untuk pelaksanaan bantuan-bantuan yang diberikan dan untuk pelaksanan Pusat Sejahtera ia dibawah uruselia Pegawai Perancang Bandar & Desa.

Antara bantuan yang boleh dipohon oleh golongan yang layak ialah :

1) Projek Perumahan Keluarga Miskin
- Bantuan Sewa Rumah/ Bilik

2) Pengurangan Beban Tanggungan Keluarga
- Bantuan Kemasukan ke Sekolah/ IPT
- Bantuan Kos Jagaan Kanak-kanak Ke Taska/ Tadika/ Jiran/ Individu
- Bantuan Kos Pengangkutan ke Tempat Kerja/ Sekolah
- Bantuan Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang

3) Pendidikan dan Latihan
- Latihan Kemahiran

4) Mengenalpasti Peluang Pekerjaan

5) Bantuan Ihsan Penduduk Miskin di Bandar


Keluarga miskin yang telah menerima bantuan yang sama dari agensi lain tidak layak menerima bantuan di bawah PPKB kecuali bagi rawatan dialisis buah pinggang. Sekiranya bantuan rawatan dialisis buah pinggang telah diterima dari agensi lain dan jumlah bantuan kurang dari kos rawatan, PBT akan membiayai perbezaan kos rawatan tersebut.

GOLONGAN SASAR

Golongan sasar PPKB adalah keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan bagi negeri Sabah ialah RM 880.00 bagi golongan miskin dan RM 365.00 bagi golongan miskin tegar.

Pendapatan yg diambil kira ialah Gaji Pokok + Elaun-elaun tetap.

Hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja.

Keluarga miskin yang telah melepasi PGK yang ditetapkan bagi sesuatu tempoh masa akan dikeluarkan dari senarai golongan sasar.


SUMBER MAKLUMAT UNTUK MENGENALPASTI KELUARGA MISKIN BAGI MEMULAKAN PELAKSANAAN PPKB

Maklumat daripada Ahli Majlis PBT/ Pegawai PBT/Wakil Rakyat/ Pengerusi JKKK/
Penghulu/ Pengerusi Persatuan Penduduk) untuk menyalurkan maklumat tentang kemiskinan di kawasan masing2 kepada MPS.

NGO boleh membantu mendapatkan maklumat mengenai keluarga miskin yang layak berdasarkan PGK yang telah ditetapkan. Bayaran kepada NGO sebanyak RM 10 boleh dibuat bagi setiap set Borang Permohonan Bantuan PPKB yang lengkap diisi.


PROJEK-PROJEK DI BAWAH PPKB

1) Perumahan Keluarga Miskin
- Bantuan sewa rumah/bilik
- Rumah awam
- Kadar mengikut bayaran sewa yang dikenakan oleh Agensi Perumahan tersebut.
- Kategori rumah yang layak adalah rumah majlis, rumah transit dan rumah panjang
Rumah Swasta & Bilik
- Bayaran sewa rumah RM 124 atau kadar sebenar mengikut yang terendah.
- Bayaran sewa bilik RM 70 atau kadar sebenar mengikut yang terendah.

- Kategori rumah yang layak adalah rumah milik persendirian dan bilik.

- Tidak melibatkan rumah setinggan dan rumah program sewa beli milik Kerajaan Negeri.

- Bayaran terus kepada Tuan Rumah/ Bilik.

2) Pengurangan Beban Tanggungan Keluarga
- Bantuan Kemasukan Ke Sekolah / IPT
- Bantuan termasuk keperluan pakaian seragam (2 pasang), kasut sekolah (2 pasang), beg dan alat tulis (1 dozen pensil, 1 dosen pen, 1 kotak pensil warna & 1 pembaris) yang diperlukan.
- Bantuan akan diserahkan atau diagihkan kepada anak-anak keluarga miskin berkenaan sebelum bermulanya musim persekolahan.
- Perlu mendapatkan tandatangan dan pengesahan dari Pihak Sekolah. (Guru besar atau Pengetua Sekolah)
- Bagi yang memasuki IPT, bayaran secara one off RM 1000 kepada ketuakeluarga akan diberikan. (perlu kemukakan surat tawaran kemasukan ke IPT)
- Bayaran kepada Ketua Keluarga.

3) Bantuan Kos Jagaan Kanak-kanak ke Taska/ Tadika/ Jiran/ Individu.
- Bayaran bulanan RM 200 seorang atau kadar sebenar mengikut yang terendah.
- Hanya layak kepada ibu yang bercadang untuk bekerja buat pertama kali sahaja sebagai galakan untuk mereka bekerja. Permohonan dibuat hanya setelah ibu mendapat pekerjaan.
- Hanya melibatkan kanak-kanak sehingga darjah 3 sahaja.
- Bantuan diberi pada bulan penerima didaftar di bawah skim bantuan KPKT sehingga Disember tahun semasa.
- Bayaran terus kepada pusat jagaan/ penjaga.

4) Bantuan Kos Pengangkutan Ke Tempat Kerja & Sekolah
- Bayaran bulanan RM 30 untuk setiap pelajar dan RM 50 untuk ibu bekerja.
- Hanya layak kepada ibu yang bercadang untuk bekerja buat pertama kali sahaja sebagai galakan untuk mereka bekerja. Permohonan dibuat hanya setelah ibu mendapat pekerjaan.
- Bantuan diberi pada bulan penerima didaftar di bawah skim bantuan KPKT sehingga Disember tahun semasa.
- Bayaran kepada Ketua Keluarga.

5) Bantuan Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang
- Kos rawatan - mengikut kadar yang dikenakan oleh pusat dialisis.
- Sekiranya bantuan diterima dari agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, NGO dan jumlah bantuan kurang dari kos rawatan, PBT akan membiayai perbezaan kos rawatan tersebut.
- Kos pengangkutan - Pengangkutan awam (termasuk teksi). Resit/tiket tidak diperlukan.
- Bantuan diberi pada bulan pesakit didaftar di bawah skim bantuan KPKT sehingga Disember tahun semasa.
- Bayaran kos dialisis terus kepada hospital/ klinik kerajaan/ pusat NGO.
- Bayaran kos pengangkutan terus kepada pesakit berkenaan.

6) Pendidikan dan Latihan
- Latihan Kemahiran di Institusi Awam
- Kos sebenar yang ditetapkan oleh Institusi latihan/ Penganjur.
- Hanya melibatkan Institusi Latihan Awam sahaja.
- Kursus/ latihan teknikal yang bertaraf sijil.
- Bagi yang telah memiliki sijil, kursus/ latihan yang bertaraf diploma diberikan untuk diikuti.
- Elaun sara hidup sebanyak RM 150 sebulan semasa mengikuti kursus/latihan.

- Program Motivasi
- Layak kepada semua ahli keluarga
- Termasuk yang dianjurkan oleh NGO

7) Pengenalpasti Peluang Pekerjaan
- KPKT/ PBT mewujudkan networking dengan majikan untuk mengenalpasti peluang pekerjaan untuk keluarga miskin.

8) Bantuan Ihsan Penduduk Miskin Di Bandar
- Pemberian one off maksimum sebanyak RM3,000.00 untuk keluarga miskin tegar.
- Pemberian one off maksimum sebanyak RM2,000.00 untuk keluarga miskin.
- Semua pemberian one off ini hanya untuk kejadian yang berlaku dalam tahun semasa.
- Untuk pengesahan kenyataan perlu disertakan surat - surat atau dokumen- dokumen yang berkaitan.
Kategori kejadian yang layak :
- Diberhentikan kerja (masalah majikan) dan telah menganggur lebih dari 3 bulan ;
- Musnah tempat kediaman;
- Hilang upaya akibat kemalangan (bekerja sendiri);
- Kematian ketua keluarga
- Musnah tempat berkerja (bekerja sendiri).


AKAUN BANK KELUARGA MISKIN

Keluarga miskin perlu mempunyai akaun bank bagi tujuan penerimaan bantuan seperti berikut:

- Bantuan sewa rumah - bayaran balik kepada keluarga miskin yang telah membayar sewa bagi tempoh Januari sehingga bulan semasa.
- Bantuan kemasukan ke IPT
- Bantuan kos pengangkutan ibu ke tempat kerja
- Bantuan kos pengangkutan pelajar ke sekolah
- Bayaran elaun sara hidup di institusi latihan
- Bantuan kos pengangkutan untuk rawatan dialysis

Menu