Pusat Sejahtera
Menu
Halaman Utama
Panduan Melaksanakan PPKB
Senarai Penerima Bantuan PPKB
Borang Permohonan PPKB
Hubungi Kami
Pusat Sejahtera


LATAR BELAKANG

Majlis Perbandaran Sandakan merupakan antara Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia amnya dan Sabah khususnya yang telah diberikan mandat dan kepercayaan untuk melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Malaysia. Di mana program ini merupakan satu program yang melibatkan bantuan pengurangan beban tanggungan keluarga dan "Capacity building" selepas penyusunan semula cabinet pada 24 Mac 2004.

Pelaksanaan PPKB di Majlis Perbandaran Sandakan bermula pada tahun 2006 yang mana fokus utama pada tahun tersebut sehingga tahun 2007 adalah dari segi Bantuan Sewa Rumah. Bermula pada tahun 2008 penekanan telah diberikan kepada semua bentuk bantuan yang diperuntukkan dalam PPKB.

Selaras dengan kewujudan Pusat Sejahtera di Majlis Perbandaran Sandakan pada tahun 2008 dan penekanan kepada usaha kearah membina keupayaan dan menambah pendapatan, didapati bahawa pelaksanaan program ini amat relevan dan sesuai untuk dilaksanakan di Sandakan.

Klik Untuk Melihat Carta Aliran Proses Permohonan Bantuan Kemiskinan Dalam Bandar (PPKB) Pusat Sejahtera, Majlis Perbandaran Sandakan.

FUNGSI PUSAT SEJAHTERA

1) Pusat Maklumat
2) Pusat Pendaftaran
3) Pusat Sumber
4) Pusat Aktiviti kumpulan/kaunseling