LATAR BELAKANG
SUKAN SABAH atau ‘SABAH GAMES’ adalah satu acara sukan berprestij di peringkat Negeri di bawah anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Ianya pertama kali diadakan pada tahun 2003.
Jemaah Kabinet Negeri telah bersetuju terhadap pengelolaan Sukan Sabah dalam mesyuaratnya pada 5 Mac 2003.
Sukan Sabah akan diadakan dwi-tahunan iaitu berselang-seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA) dan merupakan Kejohanan Beraneka Sukan (Multi-sports Competition).
Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah yang berumur 21 tahun ke bawah.
   
OBJEKTIF
Untuk mencungkil dan mempertengahkan lebih ramai lagi atlet berpotensi dari semua zon mewakili bidang sukan di mana negeri Sabah sedang menyerlah di peringkat SUKAN MALAYSIA (SUKMA).
Memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di luar bandar supaya boleh menyertai pertandingan di peringkat Negeri di samping menggalakkan pembangunan sukan secara berterusan.
Memberi peluang dan pendedahan kepegawaian (Jurulatih, Pegawai Teknikal dan Pentadbir Sukan).
Menggalakkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi.
Untuk mempromosikan dan meningkatkan penyertaan dalam sukan yang kurang diberi perhatian serta menggalakkan penubuhan persatuan/kelab sukan di peringkat daerah.
Menggalakkan dan memberi peluang kepada daerah untuk menjadi Tuan Rumah Sukan Sabah di samping menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi di daerah berkenaan.
   
SAGA IV SANDAKAN 2009
Daerah Sandakan telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Sukan Sabah IV 2009
Tarikh pertandingan akan diadakan pada 8 - 13 Jun 2009 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan
Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut
 
1. Olahraga (L/W)   9. Bola Sepak (L/W)   17. Wushu (L/W)
2. Taekwando (L/W)   10. Tenis (L/W)   18. Boling Padang (L/W)
3. Karate (L/W)   11. Bola Keranjang (L/W)      
4. Tinju (L)   12. Silat Olahraga (L/W)      
5. Bola Tampar (L/W)   13. Ragbi (L)      
6. Ping Pong (L/W)   14. Lumba Basikal (L/W)      
7. Sepak Takraw (L/W)   15. Hoki (L/W)      
8. Badminton (L/W)   16. Golf (L/W)      
   
AHLI JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
 
Penasihat : YAB Ketua Menteri Sabah
Pengerusi : Presiden, Majlis Perbandaran Sandakan
Timbalan Pengerusi Bersama : Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Sandakan
Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Sandakan
Setiausaha Bersama : Timbalan Setiausaha (O), Majlis Perbandaran Sandakan
Pegawai Belia dan Sukan (N), Sandakan
Bendahari : Pengarah Kewangan & Pembangunan, Majlis Perbandaran Sandakan
Ahli-Ahli : Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan, Swasta, Pengerusi Persatuan Sukan, Pengerusi NGO
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil
 
1. Jawatankuasa Kecil Tajaan/Kewangan
 
Pengerusi :
Presiden, Majlis Perbandaran Sandakan
  Ahli : En. Peter Ampadu, Pengarah Kewangan & Pembangunan, MPS
En. Yap Siew Hen, Jurutera Perbandaran Kanan, MPS
2. Jawatankuasa Kecil Perasmian, Pembukaan dan Penutupan
  Pengerusi : Presiden, MPS
  Setiausaha : Setiausaha Perbandaran, MPS
3. Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan, Peralatan dan Venue
  Pengerusi : Kompleks Sukan Sandakan
  Setiausaha : Kompleks Sukan Sandakan
4. Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Promosi
  Pengerusi : Setiausaha Perbandaran, MPS
  Setiausaha : En. Yakop Ajak, MPS
5. Jawatankuasa Kecil Pengangkutan
  Pengerusi : Pengarah Perhutanan Sabah
  T/Pengerusi : En. Farizal Setoh, MPS
  Setiausaha : En. Mohd Razeek Hamid, MPS
6. Jawatankuasa Kecil Sajian dan Penginapan
  Pengerusi : En. Jeffery Hj. Aman, MPS
  Setiausah : Pn. Faridah Giau, MPS
7. Jawatankuasa Kecil Keselamatan dan Lalulintas
  Pengerusi : Ketua Polis Daerah Sandakan
8. Jawatankuasa Kecil Perubatan dan Kecemasan
  Pengerusi : Pengarah Hospital Sandakan
9. Jawatankuasa Kecil Sambutan dan Protokol
  Pengerusi : Pn. Catherin Chua, MPS
10. Jawatankuasa Kecil Hadiah dan Cenderamata
  Pengerusi : En. Peter Ampadu, MPS
11. Jawatankuasa Kecil Buku Cenderamata
  Pengerusi : Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sandakan (N)
12. Jawatankuasa Kecil Urus Setia
  Pengerusi : En. Jeffery Hj. Aman, MPS
  Setiausaha : En. Mohd Erfan Mohd Rafik, MPS