Untitled Document
23 MAY 2017 ( SELASA )
No. Pendaftaran GST MPS : 001899479040
Aduan Awam : 089-211666


PRESIDEN
TARIKH KEMASKINI :
23 May 2017
WEBMASTER :
abu haji lele
Untitled Document
UNIT PASAR
PENGENALAN
Unit Pasar adalah unit dibawah Bahagian Perkhidmatan Am Majlis Perbandaran Sandakan. Unit Pasar bertanggungjawab dalam memproses lesen gerai pasar dan memantau kebersihan Pasar-pasar Majlis. Sesuai dengan objektif Majlis Perbandaran Sandakan, Unit Pasar memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan. Dalam proses perlaksanaan, Unit Pasar memperolehi pendapatan dalam bentuk pembayaran yuran dan sewa lesen pasar. Terdapat sembilan (9) buah Pasar Majlis dan empat belas (14) buah tapak perniagaan sementara yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan yang dikendalikan oleh Unit Pasar.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan sebarang aduan mengenai bekalan air dalam tempoh 24 jam (masa bekerja).
  2. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan sebarang aduan mengenai masalah kecil, kerosakan lampu dan kipas di pasar-pasar dalam tempoh masa dua (2) hari bekerja dengan aduan di terima jelas dan tepat.
  3. Kerja-kerja menyapu dan pungutan sampah di pasar-pasar akan di buat dua (2) kali setiap hari.
  4. Penyucian lantai serta parit akan dibuat dua (2) kali sebulan.
  5. Memproses setiap permohonan gerai dalam tempoh 2 bulan dengan syarat adanya kekosongan gerai yang di pohon.
OBJEKTIF UNIT
  1. Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan.
  2. Membantu menjana pendapatan kepada Majlis Perbandaran Sandakan melalui pembayaran yuran dan sewa lesen pasar.
  3. Membantu dalam memperkenalkan produk-produk tempatan kepada orang umum dengan menyediakan tapak gerai dan lot di pasar Majlis.
FUNGSI UNIT
  1. Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (Am) M.P.S. 1955 dan Undang-Undang Kecil Pencegah Kekotoran 1984 dengan mengadakan pengawalan lesen-lesen serta kebersihan pasar di daerah Sandakan.
  2. Mengendalikan pemprosesan data dan bayaran kaunter melalui sistem.
  3. Memperbaiki kerosakan kecil paip-paip pasar dan menyelia kerosakan elektrik.
UNIT PENGHIASAN BANDAR
PENGENALAN
  • Unit Penghiasan Bandar merupakan salah satu Unit di bawah kawalan Bahagian Perkhidmatan Am (Operasi) di Majlis Perbandaran Sandakan.
  • Unit ini telah ditubuhkan pada 1982.
  • Unit ini bertanggungjawab dalam membantu, merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan landskap serta penyelenggaraannya selaras dengan tema Bandar Sandakan, Bandar Raya Alam Semula Jadi.
  • Unit ini bertanggungjawab dalam mengendali aktiviti dalam mengindahkan di samping memelihara kehijauan dan persekitaran yang sihat di kawasan perkadaran Majlis Perbandaran Sandakan.
OBJEKTIF UNIT
  1. Mengindah dan menghijaukan Bandar Sandakan serta memelihara alam sekitar yang bersih untuk orang awam.
  2. Menggabungkan elemen landskap kejur (element hardscape) dan elemen landskap lembut (element softscape) di lokasi-lokasi yang strategik atau tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
  3. Pemilihan jenis tanaman hiasan yang tahan daripada faktor alam sekitar dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah.
VISI
“Bersih, Indah dan Hijau Semulajadi"
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberikan keputusan terhadap pelan pembangunan landskap di kawasan lapang dan kawasan hijau dalam tempoh dua (2) bulan dengan syarat dokumen yang disertakan lengkap.
  2. Rumput di Kawasan Taman Awam/Taman Rekreasi, Kawasan Lapang di Taman Perumahan, Kawasan Komersial dan Kawasan Industri di kawasan perkadaran Majlis Perbandaran Sandakan dipotong satu (1) bulan sekali.
  3. Kerja penyelenggaraan terhadap tanaman hiasan di Jalan Protokol (tepi jalan raya, pembahagi jalan raya, bulatan jalan raya), Taman Awam/Taman Rekreasi, Kawasan Lapang di Taman Perumahan, Kawasan Komersial dan Kawasan Industri akan dilakukan dalam pusingan masa tiga (3) bulan sekali.
  4. Sebarang aduan mengenai pokok utama dan palma yang ditanam oleh Majlis Perbandaran Sandakan, tumbang akibat bencana alam di kawasan perkadaran Majlis seperti di Taman Perumahan, Taman Awam/Taman Rekreasi, Kawasan Komersial dan kawasan Industri akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
  5. Kerosakan kemudahan awam di kawasan lapang akan dilaporkan kepada Bahagian
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
  1. Menyediakan stok tanaman hiasan yang mencukupi di tapak semaian (Nurseri) Majlis bagi kegunaan penanaman di seluruh kawasan perbandaran Sandakan.
  2. Mengumpul dan menyediakan bahan tanaman hiasan untuk semaian bagi menghasilkan tanaman hiasan yang baru di tapak semaian (Nurseri) Majlis.
  3. Sentiasa menjaga keindahan dan melaksanakan penyelenggaraan ke atas tanaman hiasan di seluruh kawasan jagaan Majlis.
  4. Memangkas dan menebang pokok yang mencacatkan keindahan dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya sekiranya tumbang.
  5. Menyediakan hiasan dalaman dan luaran untuk acara rasmi atau tidak rasmi.
  6. Bertanggungjawab dalam urusan pembangunan kawasan lapang sama ada daripada pihak Majlis atau pun pihak pemaju.
  7. Bertanggungjawab/mengurus penyerahan tapak untuk program selanjutnya ke atas pelaksanaan kerja-kerja penjagaan dan penyelenggaraan sesuatu kawasan landskap yang baru dibangunkan.
Untitled Document
PERKHIDMATAN ONLINE







JADUAL PERKHIDMATAN







Untitled Document
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Carian | Peta Laman |
© Hakcipta Terpelihara 2008
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Peti Surat 221, 90702 Sandakan | Tel : 089-275400 | Fax : 089-272112